Niat Puasa Ramadhan
Niat berpuasa di bulan Ramadhan
Tidak wajib dan tidak juga sunat berniat dalam bahasa Arab, memadai dalam Bahasa Melayu atau apa-apa bahasa yang kita fahami. Tetapi baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa Al-Quran.
Lafaz niat puasa
Lafaz niat setiap malam:
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niat dalam Bahasa Melayu: "Sahaja aku berpuasa esok hari untuk menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala."
* Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.
Lafaz niat puasa Ramadhan untuk sebulan:
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niat dalam Bahasa Melayu: "Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala."
- Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya.
- Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:
“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.
Waktu berniat
Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.
August 10th, 2010 - 22:02
dulu kecik2 dulu selalu puasa niat untuk 30 hari terus..
“sahaja aku berpuasa selama sebulan di blan Ramadhan kerana Allah taala.”
saya sihat2 aja.. ^^ Salam Ramadhan untuk stargone..
August 11th, 2010 - 02:08
selamat berpuasa bro… kosong2 tau..
August 11th, 2010 - 05:49
Salam ramadhan
dari saya buat
anda sekeluarga
moga mendapat keampunan
dan keberkatan dari-Nya
di bulan penuh rahmat ini
August 11th, 2010 - 11:08
selamat berpuasa stargone
August 11th, 2010 - 11:29
selamat berpuase stargone.. awak tak kesah kan kalau saya nak duet raya dari awak?
August 11th, 2010 - 12:52
selamat berpuasa… =)
August 11th, 2010 - 16:27
selamat berpuasa.sila niat kemudian puasa. jgn niat kemudian liat. huhu
August 11th, 2010 - 21:02
huhu… puasa penuh tak taun nih?
August 11th, 2010 - 22:32
haha. insyallah diew pose pnuh. hee
bro jgn ponteng tau!!!!. hahaha
August 12th, 2010 - 11:33
selamat menyambut ramadhan!!
niat betul2
August 12th, 2010 - 13:07
ahah… jangan lupe berus gigi & floss lepas sahur.. kang ada yang terbawak ‘bekal’ tu kang. hehe.. joking
selamat berpuasa, Stargone
August 20th, 2010 - 11:01
nice…salam ramadhan
August 21st, 2010 - 10:33
thanks share, aku dulu igt lagu je mase kecik2 :p
August 23rd, 2010 - 22:46
kecik2 niat pakej. 30 hari. sekarang dah besar. hari2 niat utk sehari.sehari.=,=
September 7th, 2010 - 19:15
takde doa utk buka puasa ker bro..? :p