Stargone Naik Pentas Ambil Award
Stargone dianugerahkan award
Fuhh!! akhirnya setelah sekian lama aku malu-malu kucing untuk naik ke pentas, hari ni dengan penuh bergayanya aku tanpa rasa segan silunya memberanikan diri untuk naik ke pentas mengambil award yang diberikan.
Walaupun dengan jadual yang padat dan keadaan yang agak sibuk (konon-konon star), aku cuba juga untuk meluangkan masa bagi menghargai pemberian yang cukup bermakna untuk diri aku ini.
Dengan ini aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada para-para peminat rakan-rakan blogger serta semua pengunjung yang banyak menyokong aku secara jualan langsung ataupun tidak.
Maaf, aku masih lagi rasa gugup menyebabkan kata-kata ucapan aku tunggang-terbalik, berterabur dan bersepah ke laut.
Haha! cerita nak pung pang pung pang jer. Ok lar.. sebenarnya aku telah diberikan dua award oleh dua orang gadis idaman kalbu, Chybeelila dan juga GayahSpears. Mekacih ye sebab sudi nak bagi award jugak kat aku yang tak hensem tapi tetap nak ngaku hensem ni.
Walaupun aku rasa macam tak sesuai je award tu dengan aku, tapi disebabkan sifat tak tahu malu serta tamak haloba yang membara dalam diri ini membuatkan aku ambik jugak la award tu. ngeh ngeh ngeh!!
Award Pertama
Creative ker? Aku rasa aku banyak merepek je. Haha! bedal je la labu..
Award Kedua
Best ker? Aku sendiri menyampah nak tengok blog sendiri lama-lama. Aku lagi suka singgah blog orang lain sambil ngurat gadis-gadis.
Ok!! Lepas dah terima award-award ni, aku kena bagi-bagi kat orang lain pulak. Dapat merasa kejap je pun jadi lah. Dapat jugak la award-award ni tinggalkan jejak kat sini.
Pada siapa aku nak berikan award-award ni? Aku nak bagi kat semua blogger terutama mereka-mereka yang berkunjung dan memberi komen kat blog ni. Setiap blogger ada keistimewaannya yang tersendiri, jadi mereka layak menerima award-award ni.
Kalau tak nak terima pun takpe, tiada unsur paksaan di sini. Maaf sebab tidak memberikan nama-nama penerima award di sini kerana aku tak suka limitkan pada orang tertentu sahaja. Haha!! jangan marah ye gadis-gadis pemberi award. kamu sendiri tau kan.. aku kan budak nakal, budak nakal memang macam ni.. tak suka ikut peraturan.


July 25th, 2010 - 21:05
Tahniah bro sebab dapat award ni,hehehe
July 25th, 2010 - 21:45
toce toce… hehehe!
July 25th, 2010 - 22:01
taniah.. semoga dpt lbh byk award!! mula2 agak gempak gak igt betul2 naik pentas
July 25th, 2010 - 22:24
mekaceh riri.. kalau dapat bebanyak karang, tak tau nak letak mana pulak.
memang naik pentas pun.. pentas drama ciptaan sendiri.
July 25th, 2010 - 22:23
stargone.. nape makwe2 je yang bagi u tag dan award?
i konpius tahu..
hahahahaha
July 25th, 2010 - 22:37
ha!! tu rahsia kerajaan.. ai takleh kasitau.
hehe! mana nak tau, perempuan kan kaum yang mesra dan peramah. mungkin itu salah satu sebabnya?
kalau lelaki yang tag dan bagi award, ai buat-buat tak layan je. hehehe! takde ah, gurau je.
July 25th, 2010 - 22:24
huhu
tahniah stargone;-p
July 27th, 2010 - 01:26
maceh!!
July 25th, 2010 - 23:19
wah selamat untuk award nya
July 27th, 2010 - 01:26
selamat selamat..
July 25th, 2010 - 23:51
tahniah..
sop kalau bz, mmg tak terbuat..
kena hutang dulu..
July 27th, 2010 - 01:27
ni sebab dah hutang lama la ni. tu yang baru buat.. harap tak kena lekuk la aku.
July 26th, 2010 - 07:45
perghh.. kalau awrd beserta duit kan best!
July 27th, 2010 - 01:28
award beserta duit dan kasih sayang.. aku suka!!
July 26th, 2010 - 10:20
laa… saya ingat naik pentas ambik apa la tadi tu….
errr.. TAHNIAH la kalu dah dapat dua Award tu ey..
Creative and Best Blog !
Moga lebih Creative dan bertmbah Best lagi no..
July 27th, 2010 - 01:29
kalau lebih merepek lagi boleh la..
July 26th, 2010 - 11:39
tahniah!!!! semoga terus sukses!
July 27th, 2010 - 01:29
thanks, moga-moga begitu la.
July 26th, 2010 - 14:18
haha. congrat bro. bro budak nakal ek?. bru aku thu. rmai gurl ske budak nakal kowt. kn?. hahaha
July 27th, 2010 - 01:31
aik, nampak macam budak baik ke aku? terima kasih banyak la kalau macam tu. hahaha!! ye ker? aku biasa ngurat gurl diorang asyik jelir-jelir lidah je.. tanda suka ke macam tu? hahaha!
July 27th, 2010 - 00:48
salam..
wahhh..tahniah
mesti dari pompuan ni?
hu hu..
July 27th, 2010 - 01:32
salam kembali,
terima kasih zulkbo..
haha! mana tau ni?
July 27th, 2010 - 18:38
wahh.. dari pompan tuh…
July 27th, 2010 - 23:08
tahniah bro dapat award.hehe
July 28th, 2010 - 00:24
ingat award ape.. heheh
July 28th, 2010 - 02:41
lepak cni jap..
igtkan dpt dean list ke..award employee of the month ke..kekekeke..
neway congrat2..
July 28th, 2010 - 09:04
tahniah la yewp~
July 28th, 2010 - 09:58
suke ya dapat award… huhu.. t dapat awarfd yg l;en jgn lupe tag kat gaysh k.lalalala
July 29th, 2010 - 02:33
hehe!! ok gayah
July 28th, 2010 - 11:13
ada pentas ?.. wah..grand =)
July 29th, 2010 - 01:57
whoaaa…ko nek pentas ka….pa system ok tak…issskk…tahniah2…hehee
July 29th, 2010 - 02:25
award tu untuk gadis-gadis je ke?
mak anak gadis bawah umur tak boleh ambik ek?
July 29th, 2010 - 02:40
eh! tak ada la, kalau yang saya bagi ni semua orang boleh ambik. mak anak gadis ker, gadis anak mak ker, anak gadis mak ker.. pun tak kisah, ambik je jangan malu-malu.
July 29th, 2010 - 23:32
suke ngorat ek stargone?
ekekeke
July 30th, 2010 - 01:26
suka sangat, memang dah jadi rutin harian pun. miahaha!
July 30th, 2010 - 06:04
hoho, dapat award. aku nak gak la…hehe
July 31st, 2010 - 19:36
haha! ambik je, jangan segan silu..
July 31st, 2010 - 19:15
congrats! n thanx 4r visiting my blog!
July 31st, 2010 - 19:36
thanks lovehuntersss, terima kasih juga sebab melawat blog saya ni.
August 6th, 2010 - 11:29
Tahniah~!
August 7th, 2010 - 19:51
terima kasih Marie..
August 7th, 2010 - 18:23
congrats drifter.. ahha
August 7th, 2010 - 19:52
drifter? mana tau ni? haha!