Stargone Mana Tau Ni

12Jun/1095

Musim Mengawan Sudah Tiba?

Baru-baru ni, aku banyak terima jemputan dan undangan kenduri kahwin dari rakan-rakan. Macam biasa, sebagai si teruna yang bujang kalau pergi kenduri kahwin kawan-kawan ni memang tak sah kalau tak kena usik dengan pengantin.. "Kau bila pulak nak kahwin?", "Turn kau bila lagi?" dan yang sewaktu dengannya memang biasa kedengaran. Aku pulak macam biasa lar jawab.. "Tak ada orang masuk meminang aku lagi". Dan macam biasa jugak, kepala aku mesti kena lekuk lepas tu. :P

Gila beb, siapa tak nak kahwin. Tapi aku tak beberapa gatal sangat nak kahwin dalam masa terdekat ni. Lagipun, aku masih muda remaja lagi.. kurang pengalaman. Maksud aku, pengalaman hidup. Ilmu entah berapa kerat jer dalam ni, macam mana nak jaga dan bimbing bini kalau dah kahwin nanti.

Calon datang dan pergi bersilih ganti. Uh! memang susah kalau berkasih dengan teman-teman perempuan yang suka lompat-lompat macam monkey. Diorang ni sayang nak tinggalkan lantai pub dan disko daripada lantai kehidupan masa depan diorang. Apa lagi yang boleh aku harapkan? Itu pilihan diorang. Entah macam mana aku boleh berkasih dengan orang-orang jenis ni pun aku tak tahu. Masa untuk berubah beb.

Buat semua rakan-rakan pengantin yang baru mendirikan rumah tangga tu, aku ucapkan tahniah kepada korang. Pastikan tingkap dan pintu bertutup rapat kalau tak nak aku datang skodeng. Hahaha!! Jaga pasangan korang baik-baik, jangan nakal-nakal sangat. :D

Aku tengok kucing-kucing kat area rumah aku ni pun dah lain macam perangai, miang semacam jer. Siap main kejar-kejar macam cerita hindustan pulak. Lantak kau la kucing, kau kahwin pun bukan kena keluar belanja besar nak buat kenduri.

Cat - Strip Pole Dancing

Comments (95) Trackbacks (0)
  1. popuan baik untuk lelaki y baik:-)
    alahai
    kelakarnya kucing tu
    mcm tarian nk menggoda pon ada
    huhu

  2. bile nak kahwin? (takkire nak tanye gak HAHAHA)

  3. jodoh akan datang sendiri
    yang datang itulah yang terbaik utk kita nantinya.
    manusia akan berubah, tidak semestinya begitu sentiasa, kan…

    salam membalas ziarah.

    *seksi si kucing tu….

  4. eh eh tajuk kahwin gak ke..hehe insyaAllah jodoh pertemuan tu kan kerja Dia..doa byk2 ye cik abg! ;p

  5. Aku pun nak kawin tapi ntah lah susah sgt nak cari pasangannya

  6. bro, aku doakan ko temui jodoh yg baik…. amin… :)

  7. Salam.. kebetulan ziarah blog stargone lepas balik dari kenduri kawin abang sedara saya di skudai. memang time ‘mengawan’ ni paling terasa bila sampai waktu cuti sekolah atau hujung minggu yang panjang. senang sedara-mara yang duduk jauh nak rancang perjalanan. pasal diri sendiri tak kawin-kawin tu, sampai dah malas nak jawab dah bila makcik2 pakcik2 atok nenek bertanya. Haha :)

  8. hahahahaah,,layan

  9. o0o0 ko usya makwe2 kaki pub ngan disko ke stargone?
    hehehe jangan marah owh ~
    kucing tu gedik ek?

    • Bukan aku usya, diorang yang usha.. ahak ahak!! mana nak tau, dah sangkut baru tau kaki enjoy gegila. padan lar friendly gila masa nak berkenalan.. memang dah biasa bersosial tahap gaban.

      aku lak jenis pemalu (kunun-kunun), mana yang bagi signal.. aku tekel la. ah! citer lama, abaikan je..

      agak gedik jugak la. kenapa, ko nak belajar tarian dari kucing tu ker? :P

  10. Macam2 ja kucing skrg ni..:)

  11. salam,hahaha musim mengawan lagi,samalah aku pun kawan-kawan asyik usik,sekali aku senyap sudah last2 penat.. muhaha,demam gulai kahwinlah gamaknya :)

  12. hahahaha… musim mengawan ekkk… bila la gamaknya… huhu
    mr-merlot.blogspot.com

  13. hoho.. ase nye bukan musim mengawan.. mengawan tu pas akad sumer (honeymoon) …. ini musim kenduri kendara makan makan jumpe2 sedara mara…. :D

  14. haha saper tk nk kawin..betul3

    pilih lah calon yang sesuai dengan diri anda. Klu tk sesuai better lepaskan.
    Sbb kita tk nk menyesal seumur hidup kita. :)

  15. kalau da tak tahan.. da cukup ongkos wajib kawen seh hahahha..
    besh tu ramai memember kawen.. leh makan free tiap2 minggu wakakakka

    • Eh! tahan apa tu? kuang kuang kuang.

      Nak kata free tu tidak jugak, kalau member-member rapat yang kahwin, kena menghulur jugak. kena pulak time buat kenduri tu dekat-dekat. mahu kopak jugak la poket. :D

  16. kucing tader masalah bab2 kahwin ni..hehe
    kahwin bila betul2 bersedia..mentally n financially :D

  17. yup musim kahwin2 ni best jgk.
    dpt gathering dgn kwn2 lama.then survey skali nnti nak kawen nak wat cam tu ke, cam ni ke… uhuk uhuks… ;D

  18. mmg byk kenduri kawin cuti sekolah ni

  19. i dtg nk minang u nih!!!!~~haha

  20. haha xD kucing 2 mmg lawak xD

    yg kahwin 2..saba2 je la..slalu den dnga, pompuan yg baik utk laki yg baik.. :D

    PS: thxx 4 ur lawatan harian :D

  21. haha. musim mngawan buln 6 ni bro. perghh. bnyk org mngatal dah. hish. miang3. aku pun dah gatal. tpp. xde duit lagi. kumpl pelan2. hahaha. sabaq je la. grr. xthan ni ;P.

  22. kalau nk cari pasangan tu biarlah yg boleh sama2 hingga akhir hayat.. no rushing.. wedding bukan “fesyen” atau trend yg nk kna diikut atau dibuat sbb org lain buat… hehe…

  23. ingatkan durian je ade musim kt malaysia nih.. musim kahwin pun ade gak.. hehe..

  24. salam..
    moga sampai jodoh nada
    suatu hari nanti..jodoh
    di tangan Allah tapi kita
    perlulah berusaha mencarinya

  25. ma abah : kita tunggu kak long la plak pas ni? da ada calon kan?
    makcik2 sepupu sepapat : turn kak long bila pulak?
    kawan2 : turn ko bila plak?
    cikgu2 lecturers : turn awak bila pulak?

    mau tak hangin.. hahahah… nak marah, tak baik, sengih je la..

  26. ayat cam kapal nevi baru balik blaya daaa. hahahahahah musim mengawan

  27. Aku sokong….
    Sebab tiap2 hari minggu, ada saja surat saman(surat jemputan kawen)….

  28. perrrghhh… cuti sekolah ni mmg byk la org kawen.. sampai gi umah org, x larat nak makan dah.. salam2, kokot2, jenguk sana sini, tros blaaahhh.. dah la musim panas.. gilerrrr x selesa..

  29. nak mengawannn gak lah :P

    tapi mengawan tu ape ? lalallalaalrikssssssss

  30. adakah komen pertama maksudkan gwa akan dapat bidadari syurga kerna gwa baik sgt?

    gyahahaahhah~

  31. haha.kuceng pon kena tempias gatai kawin

  32. Musim sekolah banyak gak member gua yang kahwin
    http://ohserius.blogspot.com

  33. hihi salam…semoga btemu jodoh yg sesuai k :)
    bila kenduri jgn luoe jemput

  34. haih..T___T

    tensen kn soalan tu~ haha..

  35. ada kosong lagi ker??

  36. hahhaha… stargone bila plak nk mengawan?:P

  37. awal tahun depann…. naik sesak sepitall dgn org nak bersalin lak. hehhehehe

    tuan tanah bila lak mau mengawan????

  38. ko bila nak kawin weh…hehe

  39. isu kahwin erk… kahwin tu perlu dicepat2 kan..
    tapi kalau boleh kena laa dah ready dari segi financial dan tanggungjawab..

    kahwin ni bukan benda main2… so kena la ambik serius kan..

    tapi aku doakan agar owner blog ni x lama lagi jumpa jodoh…

    tapi kena la berusaha mencari bukan jodoh ni datang sendiri……

  40. kau bila nak kawen?hehe

    soalan tu paling tak best. mesti kena. g mana pon mesti kena. demn~

  41. pehh…kucing bt tarian tiang…pheeeewwiiitt….mantap…haha

    ko kena ingat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik..huhu

  42. erm memang tengah musim nie…eh2 dah habis sekolah….

  43. ermm sama la kite… pergi memana kenduri pun org asyik tanya jew bile nak kawen… huhu Ada jodoh, ada la…

    Nape ek awak kawan ngan monyet? :p

  44. Hari ini hari khamis..
    hari esok hari jumaat..
    hari ini kenangan manis..
    Moga esok membawa berkat

  45. soklan cepu emas ye tak..
    klau dari soklan tu kita *yg belum kahwin* bleh dpt emas takpa gak :P

  46. jodoh tk tiba lagi tuh.. nnt adahlah gud luck :D

  47. awk..sy nk dtg minang hujung minggu ni..ready pe yg patut ek! :P

  48. ayat paling last tu paling tak tahan tu..

    uhuhuhu…

    apa pun, bila tiba masa yang sesuai, semua perkara akan dipermudahkan. seriously! :)

  49. wakakakui kucing pun reti buat tarian sebegitu rupa.

    ps/ dah kawin nanti,silalah jemput saya kiranya sudi miahaha


Leave a comment


No trackbacks yet.