Stargone Mana Tau Ni

30Mar/1021

Nuffnang

Dengan ini aku dengan rasminya mengumumkan bahawa aku telah menyertai Nuffnang. Kepada mereka yang masih tidak tahu, Nuffnang merupakan agensi pengiklanan yang menghubungkan antara blogger dengan advertiser. Ianya membolehkan blogger menambahkan pendapatan dengan memaparkan iklan melalui Nuffnang. Untuk maklumat lanjut, korang boleh lawati laman web Nuffnang Malaysia di http://www.nuffnang.com.my.

Proses pendaftaran di Nuffnang tidaklah berjalan begitu lancar pada aku. Aku habiskan banyak masa memikirkan format untuk letak No I.C, sama ada perlu letak simbol dash (-) atau tidak. Akhirnya aku letak jugak simbol dash (-) menjadikan format I.C aku seperti "xxxxxx-xx-xxxx". Hahaha! ada apa-apa kesan sampingan ker nanti kalau salah format? Mana nak tau, aku check macam takde maklumat pun pasal ni. Dan lagi satu, kenapa perlu minta No I.C?

Lepas dah daftar tu dapat lar email pengesahan dan dengan senang-lenangnya aku klik untuk mengaktifkannya. Hehehe! Lepas login ke akaun, terpapar pulak borang survey. Aku cuba klik kat menu yang lain, tapi borang survey tu tetap ikut jugak ke mana aku pergi. Degil betul lar "si survey" ni, nak tak nak aku isi la jugak. Selepas selesai isi survey tu aku cuba untuk add blog pulak. Ceh! keluar lagi borang survey.. so aku isi je lar.

Dalam hati naik nyampah jugak lar sebab banyak maklumat nak kena isi. Kenapa tak tanya pukul berapa aku bangun tidur ker, makan pukul berapa, awek dah ada ke belum ker? Hahaha! bukan apa, aku bimbang privacy aku dicabuli. Lagi satu aku tertanya-tanya, kat survey tu boleh isi ker dalam Bahasa Malaysia?

Ha! sekian sajalah pengalaman yang aku lalui ketika proses pendaftaran di Nuffnang. Sakit otak jugak la aku bila fikir-fikirkan balik. Ni pun sakit otak nak ejas ads placement, main belasah jer edit theme wordpress ni berbekalkan ilmu "hentam sajalah" yang ada ni. Tapi sekarang nampak macam dah ok jer. Kalau korang nampak cacat lain macam jer layout blog aku ni, dengan senang hatinya silalah beritahu kat aku yer. Err, Nuffnang takde sediakan logo ker untuk diguna-pakai? Baru ingat nak tepek sini, boring pulak tengok post kosong takde gambar.

Comments (21) Trackbacks (0)
  1. boleh isi dalam bahasa malaysia tak

    aku pun curious tu jugak.. dan er aku pun baru jugak 2minggu ngn nuff :)

  2. Hoho.. Sama2 kita menjadi warga Nuffnang.. haha..

  3. tyme aq daftar dulu pon,men balon je isi survey tue.hohoho
    placement nuff encik oke je…

  4. selamat menyertai nuffnang…hehe…klu dapat innity lg best wo…haha

  5. tahniah join nuff, pasni pasti meriah dan seronok :D

  6. salam…. ic tak kisah samaada ada – atau pon kosong. dorang mintak IC sebab kalau ada event atau apa2 dorg akan kenalpasti kita melalui ic, contohnya bagi yang dapat invitation untuk gatsby street fair tu, dorang akan benarkan kita join event tu selepas kita tunjukkan ic, sebab selepas event tuh dorang akan bagi kita RM 50 dalam akaun Nuff kita,

    jemputlah ke blog natasha, blog yang x seberapa, kalau najk tgk pasal nuff boleh lerr taip NUffnang, event, atau Project Alpha kat kotak search tu;))

    Tahniah2 kr dah joib nuff. Insyaallah nanti kita blh jumpa dimana2 event nuff. oh ye..sebelum terlupa, survey tu penting sebab dekat c2 nuff akan tgk apa yg kita layak untuk dapat buffred dari dorg, so kena hati2 meletakkannya. ia penentu buffred

    keep in touch yeah

  7. okla gitu.. nuffnang komuniti blogger ok la.. diorang byk buat event..

  8. Terima kasih atas maklum balas rakan-rakan semua.. sekarang status membership aku dah bertukar ke “Glitterati”. earning masih kosong lagi, hehehe! iklan pun kejap ada kejap takde. so, tunggu je la erk.

  9. huh aku tak jadi nuff dah ^_^”

  10. nuffnang best.. aku tak cashout pon lagi.. dok kumpul dulu biar cukup beli skyline sebijik.. hak3

  11. selamat menjadi nuffnangers

  12. borang survey tu sebenarnya perlu diisi dengan selengkapnya, kalau boleh update 3 bulan sekali.

    Sebab melalui borang survey nilah advertiser memilih blog mana untuk diletakkan iklan diorang :)

  13. semoga ber’nuffnang dan semoga berjaya membuahkan hasil..

    apa yg penting, happy blogging :)

  14. jangan lupa, update survey tu mesti at least, 1 kali 1 minggu baru senang nak dapat ads. :D
    ni tau dari org yg slalu dpt duit dr nuffnang. aku pun baru lagi. hehe

  15. kalu nk ads lg lebat, kire ads sentiasa je kuar kt blog pastikan 2lis survey 2 pnjg2..ni akn membolehkn awk dpt buffered earning..tp utk dpt buffered earning y byk pastikan org slalu dtg blog awk..kire kalu buffered earning ni da tinggi xpyh nk klik2 ads sgt..kalu klik2 ads sgt pon bhya tkot kne fraud..hahaha..good luck..

  16. ic jugak utk verify apa bila kita nak tukar nama atau jadi apa2 kecemasan pd akaun kita

  17. sama la kita..cuma saya isi cam jawab periksa masa tu..hik2..
    saya pun belajar dr abglong saya pasl benda2 gini..

  18. wah itu khusus untuk malaysia ya ??
    kalo dari negara lain bisa ga ya ??

  19. saye pon bru td gune nuffnang..kdg2 2 tgk mcm pelik..mane nk ditepekkn bendalah 2 kt dlm blog..huhuhu..poning2..

  20. tp kan…nuff 2 utk dapat wit kn??tp cmne nuff 2 berfungsi ek???n cmne nak bg wit 2 dapat??xphm…help..help..confusing..


Leave a comment


No trackbacks yet.